Right man, wrong time. Wrong man, right time. Good man, wrong words. Bad man (jerk), right words. New man, same old lies. Old man (ex), new lies.

Sunday, July 03, 2011

Kini Hanya Tinggal Kenangan Buat Kami...

Assalamualaikum wbt.

Dalam masa 3 hari, 4 ekor anak kucing mati. Sangat-sangat menyedihkan. Satu kenyataan yang sangat-sangat susah untuk diterima buat kami specially mak, cken and aku. Anak kucing yang ditatang bagai nak rak akhirnya mati macam tu je. Serius sedih wei.......

Anak kucing yang paling disayangi, si hitam. Dari kecil anak kucing tu selalu je sakit. Dah banyak kali ulang alik ke klinik semata-mata nak dia sihat walafiat. Mana taknya, anak kucing comel. Dengan bulunya yang lebat panjang, ekor bersimpul kembang, kaki macam pakai stoking. Manja pula tu. Dengan menikusnya lagi. Sebab tu sayang giler-giler.

Teringat pagi yang dia dah tak ada tu. Mak sampai tak ada selera nak makan kat sekolah sebab teringatkan si hitam tu. Cken pula duk teringat-ingat keletah si hitam sampai sekarang. Sampaikan mak ternampak-nampak si hitam berjalan-jalan dalam rumah ni dengan kaki stokingnya tu. Sangat-sangat manja ! Aku pula hanya mampu menangis seharian saat si hitam pergi...

Susah sangat nak dapat anak kucing yang comel macam 4 ekor tu. Silap kami sebab biarkan anak-anak kucing tu seharian berkeliaran kat luar rumah jumaat lepas. Kebetulan pula ada jiran tengah meracun rumput kat kawasan rumah ni. Kesian betul anak-anak kucing tu.

Sekarang tinggal seekor je lagi. Tak sangka umur anak kucing yang seekor ni still panjang. Tapi sekarang pun still tak sihat and lembik je. Makan pun tak. Nasib baik bagi vitamin and nasi yang di blend. Makan pun kena suap pakai picagari. Saat ternampak barang-barang yang pernah digunakan untuk anak-anak kucing tu, mesti teringat-ingat keletah mereka. Nak buat macam mana kan... Bak kata mak, yang pergi usah dingat-ingat. Ada hikmat semua ni... Ya Allah sedihnya ! :'(


si hitam kini hanya tinggal kenangan... rindunya kami sama kamu.......


p/s : orang tua-tua cakap, jangan snap pic kucing... nanti kucing cepat mati. betul ke??

Thank you for read, like and comment. I Love You Sweetie! :)

0 rama-rama hinggap:

copyright@ctharyani.blogspot.com