Right man, wrong time. Wrong man, right time. Good man, wrong words. Bad man (jerk), right words. New man, same old lies. Old man (ex), new lies.

Wednesday, June 29, 2011

Malu... Malu... Malu...

Assalamualaikum wbt.

Cuti sem pun dah tak rasa macam cuti. Tak puas. Seminggu lagi dah nak balik kolej dah. Cepatnya masa berlalu. Tak terasa pun.

Cakap pasal cuti, hari tu bercuti kat rumah tok saudara kat Kajang. Lepas tu kat rumah mak cik kat KL. 2 minggu bercuti kat rumah family. Time last day kat Kajang tu dapat tahu pasal something. Nak dijadikan cerita, time tengah baca paper kat ruang rehat berdekatan dengan dapur rumah auntie adik, tiba-tiba mata terpandang something kat atas syiling. Rupa macam kamera je. Tanya auntie adik yang kebetulan lalu kat situ, CCTV ke tu. Boleh pula dia mengiyakan.

Time tu juga mulut aku ternganga bila dengar jawapan tu. Ya Allah... Tak sangka selama aku tinggal kat rumah dia 3 tahun ni langsung tak pernah tahu pasal CCTV tu. Check punya check memang betul aku terjumpa 2 CCTV kat rumah auntie adik. 1 lagi kat depan gate rumah. Yang lain-lain lagi tak sure sebab tak nampak tersorok kat mana lagi.

Sebenarnya aku tak kisah nak letak 10 CCTV kat rumah pun. Bukan nak kecoh-kecoh. Tapi malu la bhai ! Sebabnya aku baru tahu pasal CCTV tu. Terasa macam orang bodoh pula kan selama ni. Ingatkan bebas tanpa ada siapa-siapa yang memandang. Lagi malu sebab CCTV tu boleh tengok terus dari bilik auntie adik. Adoyai... Malu... Malu...


Bila fikir-fikir balik, memang tak patut terkejut pun kalau ada CCTV kat rumah auntie adik tu. Rumah dia pun besar. Maybe takut ada orang pecah masuk rumah ke apa ke kan... Selama ni nampak security alarm je di pasang kat sekeliling rumah. Tingkap toilet dalam bilik air pun ada security alarm. Tak perasan pula CCTV pun ada. Nasib tak letak CCTV dalam toilet kan? hahaha~ Baik duk kat rumah sendiri lagi syok. Aman, tenteram, bebas tanpa pandangan CCTV ! ^__^

p/s : tengah-tengah malam kalau haus or rasa nak makan mesti aku masuk dapur buat hilangkan segala rasa yang tak enak dalam perut ni. memang terakam la segala aktiviti waktu malam aku time orang tengah syok tidur kat rumah auntie adik tu. malu... malu... malu... :P

Thank you for read, like and comment. I Love You Sweetie! :)

2 rama-rama hinggap:

aleen aiden said...

sure eyh xde cctv kat toilet?cube g cek..hee :P

Cik Eniey said...

@aleen aiden
for sure mmg x de.. confirm ! hehehe~ dh 10 kali check dh.. yg ada juz ada security alarm kt tingkap toilet.. fuhhh selamat.. :D

copyright@ctharyani.blogspot.com