Right man, wrong time. Wrong man, right time. Good man, wrong words. Bad man (jerk), right words. New man, same old lies. Old man (ex), new lies.

Saturday, June 11, 2011

Hargai Sebelum Kehilangan...

Assalamualaikum wbt.

Mencari WANITA yang SETIA itu kat mana-mana pun boleh didapati, tetapi mencari LELAKI yang SETIA umpama satu dalam sejuta. Silap mencari, maka hadirlah sebuah penderitaan. ^__^

Kadang-kadang perempuan tu sendiri tak sedar yang sebenarnya ada lelaki yang betul-betul setia dengannya selama ni. Tapi disebabkan dah telalu lama setia dengan perempuan yang tak menyedari kehadirannya selama ni tu, terkadang membuatkan lelaki berkenaan dah penat untuk terus setia. Dan pada saat tu baru la perempuan tersebut akan menyedari betapa dia telah kehilangan lelaki berkenaan dalam hidupnya. Itulah hakikat kehidupan...

Apabila tersedar yang kita telah kehilangannya, maka segala akal pertimbangan akan menjadi tak waras. Kita cuba untuk mendapatkan lelaki tu kembali kerana kita rasa berhak untuk bertindak sedemikian. Berhak di atas perasaan yang pernah ada tu sampaikan sanggup melakukan apa je tanpa memikirkan perasaan orang lain. Tapi hakikatnya, kita sendiri tahu yang perginya tanpa berpatah arang lagi.

Pada ketika itu, belajar untuk memaafkan dan redha dengan apa yang dah terjadi adalah kunci kepada sebuah ketenangan hidup. Selalu ingatkan diri bahawasanya Tuhan itu Maha Adil. Kalau sudah tersurat jodohnya bersama kita, maka dia akan kekal bersama kita no matter what happen. As my friend said, kalau dah jodoh tu, pergi kat mana-mana pun dia akan kembali juga pada kita someday...



Thank you for read, like and comment. I Love You Sweetie! :)

2 rama-rama hinggap:

tgsaqura said...

memang kelemahan manusia,yang hanya menghargai bl saat kehilangan itu menyapa...hukhuk

Cik Eniey said...

@MyZone~theUn4given
betul betul betul ! saat ada di depan mata wat endah tak endah je.. bila kehilangan baru nak rasa menyesal.. :D

copyright@ctharyani.blogspot.com