Right man, wrong time. Wrong man, right time. Good man, wrong words. Bad man (jerk), right words. New man, same old lies. Old man (ex), new lies.

Sunday, May 22, 2011

Ya Allah... Andai Itu TakdirNya~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ

Ya Allah Ya Tuhanku.. Kelu lidahku untuk bersuara.. Tertutup mulutku untuk terus melafazkan bicara.. Hanya dengan madah mampuku meluahkan kata-kata.. Dengan ini Ya Allah, dengarlah suara hati hamba berkata-kata.. Kerana keadaan yang uzur menjadi tembok pemisah untukku bersujud dengan penuh tawadduq' di hadapan Mu, sekaligus mematahkan bicara ini dari terus bersuara..

Suatu ketika dahulu, telah Kau hadirkan aku seorang teman pengubat bicara.. Seorang teman pengubat kesunyian hamba.. Seorang teman untuk mengisi kekosongan jiwa.. Seorang teman yang menyanyangi diri ini seadanya.. Hanya nikmat bahagia yang terasa tanpa duka nestapa..
Sungguh, hanya dia yang kudamba sebagai pemimbingku hingga ke syurga.

Namun, sudah ketetapan Mu Ya Rab, Kau ambil nikmat yang Kau pinjamkan sekejap cuma.. Aku dicuranginya.. Si dia bahagia bersama pujaan hatinya.. Aku dibiarkan terkontang-kanting dalam jaga.. Aku alpha.. Alpha dalam tangisan yang ku cipta.. Alpha dalam kesedihan yang tiada penghujungnya.. Alpha dengan rasa kecewa yang dihadiahkan oleh si dia.. Aku hanya mampu tersenyum dalam derita.. Hanya pahit yang ku telan dan kesakitan yang membuak-buak dalam dada.. Hati bagai di cucuk-cucuk panah berbisa.. Duka dan luka yang bukan sedikit cuma.. Ku pujuk rasa hati bahawa hanya masa pengubat semuanya..

Sesungguhnya Ya Muhaimin, aku mencintainya kerana cintaku kepadaMu mengatasi segala-galanya.. Sudah suratan takdir, Kau terbalikkan hatinya ke pangkuanku semula.. MasyaAllah, doaku Kau terima.. Hajatku Kau makbulkan jua.. Kerana masih ada sisa-sisa kasih dan sayang untuknya.. Aku tak terkata-kata.. Takdir Kau mengubah duka nestapa menjadi bahagia.. Aku menangis mengenangkannya.. Perasaan tercarik dengan kehadirannya.. Benar ini takdirMu dan aku pasrah dengan segala ketentuanNya..

Hatiku buat yang sekian kalinya Kau duga.. Puas aku mengelak dari perasaan itu mekar semula.. Namun Ya Rahman, sudah ku tak terdaya.. Tak terdaya untuk terus mengunci pintu hati ini kerana.. Kerana kunci itu terletak hanya padanya.. Hanya dia.. Berbulan-bulan aku mengelak darinya.. Membiarkan rasa ini terus mati ketika diri ini tekad dilepaskan olehnya.. Ya Malik, apakah masih ada peluang kedua untuknya? Layakkah dia menerimanya? Atau itu cuma hanya sia-sia belaka? Aku pasrah Ya Allah, Tuhan yang Maha Mulia.. Andir itu takdirNya.. Tunjukkan aku jalannya.. Tunjukkan aku caranya.. Seadanya.. Dan apa adanya..

"Ya Allah Ya Tuhanku, Seandainya dia tercipta untukku, maka Kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku.. Seandainya dia bukan tercipta untukku, maka Kau campakkanlah rasa ini jauh dari relung hatiku.. Kau padamkanlah namanya dari sudut hatiku.. Sesungguhnya hanya Kau cinta hatiku.."

~AMIN YA RABBAL ALAMIN~



p/s: serasa kolam mata jatuh mencurah-curah ke muka. dah tak tahan dan tak tertanggung lagi rasanya. sakitnya memendam rasa, lagi sakit mengelak dari ni semua. berbulan-bulan ni je, banyak nasihat diterima. yang pasti, aku takkan tipu diri sendiri dan lari lagi dari kenyataan ni semua. sesak dada dibuatnya. i know that someday tembok ni akan musnah jua. andai inilah harinya, doakan agar dipermudahkan segala-galanya. walau apa pun yang jadi lepas ni, AKU REDHA... redha dengan ketentuanNYA..

Thank you for read, like and comment. I Love You Sweetie! :)

copyright@ctharyani.blogspot.com