Assalamualaikum wbt.
Seorang anak kecil berkata kepada ayahnya, "Ayah kalau adik besar nanti, boleh tak adik nak kahwin dengan anak raja?"
Lantas pertanyaan anak kesayangan dijawab, "Anakku sayang, harta itu tidak pernah menjanjikan kebahagiaan dalam kehidupanmu. Pangkat itu tidak pernah menjanjikan kemenangan padamu. Cinta juga tidak pernah menjanjikan bahawa kamu akan kekal bersama-samanya untuk selama-lamanya...".

Anak kecil itu tidak mengerti. Ayahnya hanya mampu mengukirkan senyuman seraya berkata, "Anakku, berkahwinlah dengan insan yang betul-betul menyintai Tuhanmu, berkahwinlah dengan insan yang betul-betul menyintai rasulmu dan berkahwinlah dengan insan yang betul-betul menyintai kitabmu... Insyaallah, kamu tidak akan pernah merasa berada dalam kesusahan. Kerana cintaNya Dia kepada kita melebihi cintanya kita kepada Dia. Dan kerana Dia sentiasa bersama kita disaat-saat kita bersama orang yang kita cintai..."

p/s : cinta itu fanatik, ia lahir secara automatik. lebih sistematik, bila ditambah latihan matematik. kurangkan politik, utamakan romantik. pasti kemesraan akan berputik... v^__^v

0 rama-rama hinggap:
Post a Comment