Assalamualaikum wbt.
Dah lama tak update blog. Busy sangat2. Semester baru dah pun bermula. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar buat masa sekarang ni. So kat sini Cik Eniey nak share something untuk renungan kita bersama. Sharing is caring right?? hehehe...
Bila cakap pasal cinta, suka, sayang dan minat, apa pendapat korang pasal tu semua?? Banyak bezanya kan?? Ok jom teruskan membaca entri ni! hohoho...
Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu. Kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. [[Dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je]]
Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi 'telinga' kepada masalah kita. [[Dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya]]
Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu. [[Dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita, orang yang sentiasa menghiburkan kita]]
Minat - Ada sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. [[Dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan]]
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat, suka dan sayang kita tidak akan pada seseorang itu… Dan ingatlah jika cinta itu diberikan kepada manusia atas dasar nafsu akan membawa kepada kehancuran. Bagi hati yang telah hancur, sebaiknya kembali kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan insan itu berjiwa tenang.
Untuk mencintai Allah dan Rasul kena ada minat untuk mendalami agama Islam, suka untuk berdakwah dan mendampingkan diri kepada Allah, Sayang dan cintakan Allah dan Rasul-Nya. Kalaupun menyintai manusia biarlah kerana Allah, barulah kita mencapai kemanisan iman (Halawatul iman)
Sabda Nabi SAW:"Ada 3 hal yang dengannya seseorang akan merasakan kemanisan iman: 1. Hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; 2. Hendaklah dia menyintai seseorang hanya kerana Allah; 3. Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka." (Hadis Bukhari dan Muslim)
Justeru itu hati-hatilah dengan cinta yg boleh mengundang kepada dosa! Ok tu je nasihat Cik Eniey untuk korang semua. hehehe...
5 rama-rama hinggap:
ohh suke ini.sangat b'mkne lahh :)
@coffeepinkee
thanx dear! hehehe... ;))
betul tu cik eniey..
cinta kpd Allah dan Rasul la yang perlu diutamakan...
cinta kpd manusia tu hny sementara..
;)
@ch@wi
thank.. ingat mngingati sesama kte.. btl x?? hehehe... :D
nice entry...thanx coz sudi singgah blog hani yg picisan lagi mengarut tu...ngee~ ;;)
Post a Comment