Right man, wrong time. Wrong man, right time. Good man, wrong words. Bad man (jerk), right words. New man, same old lies. Old man (ex), new lies.

Friday, April 29, 2011

Ombak Rindu Versi Filem

Assalamualaikum wbt.

Hip hip yeah! Wuuu~~ Happy plus excited ni. Nak tau something tak?? Meh sini nak story mory. Ingat lagi tak dengan novel OMBAK RINDU? Ala karya Fauziah Ashari yang famous tu la. Antara novelis terkenal tu beb! Siapa tak kenal pergi main jauh-jauh. hehehe~~ Nak tahu tak? Nak tahu tak? (tak tahu pun) Haaa... Meh nak kasi tahu. Tak lama lagi keluar la filem OMBAK RINDU kat panggung nanti. Percaya tak?? Percayalah....... ^__^

Filem Ombak Rindu diadaptasi dari novel popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari. Filem ini hasil terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantell Pictures. Meh nak share sikit sinopsis cerita ni.


Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu.





Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa yang sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang, dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.



scene yang ni memang scary movie sikit... i wonder macam mana agaknya perasaan isteri Aaron kalau tengok part ni. jangan terkejut sebab ada lagi scene yang lagi bikin panas selain ni... :P


Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?



Kalau nak tahu, jom kita sama-sama layan filem ni alright? Nak compare juga antara novel and filem mana lagi best kan. So tunggu je la nanti. Can't wait!


meh nak promote sikit. layan je....... ^__^


Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah

MAYA KARIN
AARON AZIZ
LISA SURIHANI
BRONT PALARAE
AZIZAH MAHZAN
ZAIDI OMAR
NORMAH DAMANHURI
NATASHA HUDSON



p/s : Lisa Surihani yang pegang watak sebagai perempuan penggoda ni di jadikan isu kenapa dia tak diberi watak sebagai heroin filem ni. In my opinion la, ada betulnya juga tu. Macam tak sesuai je Lisa Surihani tu pegang watak Amy Amylia.

Thank you for read, like and comment. I Love You Sweetie! :)

4 rama-rama hinggap:

Anies Wahab said...

kakak ! Anies nak copy ea ? Anies pun pernah bace novel neh . ea ? nanti Anies kedit ntok akak .

Cik Eniey said...

@anies wahab
boleh sayang.. tp rs mcm nvl lg bez dr filem kn. hehehe~~ :D

Aleen Aiden said...

yeah!kawan alin giler eksaited nk tengok citer nih.hu3

Cik Eniey said...

@aleen aiden
klu kwn alin gler excited nk tgk, cik eniey lg la over excited, double triple infinity nk tgk citer ni.. hehehe.. pape pn let's enjoy this movie ek! :D

copyright@ctharyani.blogspot.com