Right man, wrong time. Wrong man, right time. Good man, wrong words. Bad man (jerk), right words. New man, same old lies. Old man (ex), new lies.

Monday, April 11, 2011

Cinta Itu Mujahidah Islam

Assalamualaikum wbt.

" Tak Bermakna Ia Tidak Bermakna Walaupun Tiada Makna "

Setiap insan telah ditetapkan nama baginya. Setiap kalimah nama yang diberi mempunyai makna yang tersendiri. Walaupun nama tu tak wujud di atas dunia ni, tak bermakna ia tidak bermakna walaupun tiada makna... Kerana setiap apa yang Allah tetapkan tu mempunyai 1001 makna yang tersendiri.

Namun, kita tak mengetahuinya kerana keterbatasan diri kita sendiri. Siti Aisyah. Apa makna Siti?? Yang aku tahu makna Aisyah je. Bermksud "Hidup Bahagia". Apa-apa pun, hanya Allah je yang tahu makna tersebut.

Hidup tak seindah nama. "Hidup Bahagia" hanya terletak pada nama. Yang paling penting adalah hati. Hati yang membenuk semuanya.

Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama yang menerima sentuhan itu adalah HATI. Disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian berganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan berjiwa bersih. Hati seeloknya berbisik,

" Aku tahu bila ALLAH mencintaiku, iaitu saat aku membenci segala kejahatanku "




Thank you for read, like and comment. I Love You Sweetie! :)

0 rama-rama hinggap:

copyright@ctharyani.blogspot.com