Right man, wrong time. Wrong man, right time. Good man, wrong words. Bad man (jerk), right words. New man, same old lies. Old man (ex), new lies.

Thursday, March 17, 2011

Perlu Ke Jadi Cantik??

Assalamualaikum wbt.

Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun lagi-lagi kalau ada pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.

Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana. Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan sebab kata mereka, hidung mereka besar. Tapi tak tertanya-tanya ke kita, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.

Bayangkan betapa wanita-wanita ni mahu kelihatan cantik. Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita tu. Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.

Tak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik. Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ni, semua tu ditolak tepi, demi CANTIK.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal
Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri. Rata-rata orang pun akan bersetuju dengan statement ni, tapi fikir la, bukan sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.

Allah suka akan kecantikan, tapi bukanlah sehingga mengubah ciptaanNya.

Lagi-lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ni, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.

Cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.

Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.


Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.

Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan hati.

Bukanlah tak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tapi, biarlah cantik tu kerana Allah, dan definisi cantik tu juga perlu sesuai dengan Islam.

Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik. Perbaikilah akhlak diri sekaligus, so that kita akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia. Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh dan solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh dan solehah.


sumber : I LUV ISLAM

Thank you for read, like and comment. I Love You Sweetie! :)

9 rama-rama hinggap:

R.H.B - Miss said...

btul btul :)

Cik Eniey said...

@R.H.B - Miss
btl kn?? dh agk msti rata2 setuju ngn ni.. :D

Ayu said...

Betul tuh...Cantik tu subjektif...yg paling penting kene cantik dalam dulu kan...baru la terpancar di wajah...^_^

Cik Eniey said...

@YaYaNsMuM
setuju ngn statement 2! kdg2 x prlu cantik utk wt org terpikat kt kte.. yg pnting cantiknya dalaman seseorg wanita 2.. :)

fiefa mohd ali said...

sangat bersetuju! =)

:: cikNuurul :: said...

hai,.salam,.1st time komen sni ni,hehe,.salam prkenalan,.

Cik Eniey said...

@fiefamohdali
thanx dear! ;))

@HATYCIKNUURUL
hye! waalaikummussalam dear.. salam perkenalan kembali.. ;;)

erleena said...

huuu suke bace ^^

Cik Eniey said...

@erleena
thanx dear.. ;))

copyright@ctharyani.blogspot.com