Right man, wrong time. Wrong man, right time. Good man, wrong words. Bad man (jerk), right words. New man, same old lies. Old man (ex), new lies.

Tuesday, March 08, 2011

I Just Wanna Be Like They Are...

Assalamualaikum wbt.

Melihat teman-teman bersuka ria, bergelak tawa, join aktiviti lasak sana sini, hati ni tumpang happy. Tapi sedih mengenangkan diri tak seperti mereka. Kadang-kadang terdetik dalam hati teringin nak jadi macam diaorang. Tapi apakan daya, diri ini tak mampu. Bukan tak nak, tapi ada pantang larang yang kena di patuhi.:puteh_21:

Sedar aku tak macam mereka. Tuhan dah tentukan akulah orangnya yang ingin diuji, aku terima dengan hati yang terbuka. Mungkin sampai masanya nanti, akan tiba turn aku untuk jadi macam mereka. Lagipun sakit kan penghapus dosa-dosa kecil kita. Untung aku diuji sebegini.:girl_5:

Kadang-kadang, teringat kisah lalu yang menjadi penyebab kepada kekurangan diri ni. Kalau la aku tak cuai, kalau la aku berhati-hati, kalau la aku tak ................. dan kalau la... Tapi tersedar dari kisah lalu tu, buat aku berfikir sedetik, ada sebab dan musababnya kenapa terjadinya kisah lalu tu.

Rawatan physoteraphy diperlukan, tu la kata-kata doktor yang masih tersemat di hati... Tapi nak buat macam mana, kekangan masa penghalang bagi proses tersebut. Tapi alhamdulillah, sakit tu bukan penghalang untuk aku jadi lebih lasak mengikut kemampuan diri. Bersabar la Eniey. Ada hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini.

Apa-apa jua bentuk dugaan yang diuji, redhalah tempuhinya. Menangis la selagi termampu. Banyak hikmah di sebalik tangisan tu. Apa-apa bentuk penganiayaan orang terhadapmu sama ada dalam bentuk caci maki, umpat keji, menangis la kalau dah tak mampu bertahan kerana sesungguhnya tiap-tiap titis air mata kamu yang mengalir kerana perbuatan tersebut, akan di balasnya 2 kali ganda dari setitik air mata yang mengalir tu. SUBHANALLAH...:tareflower:Walau apa pun yang terjadi,




Thank you for read, like and comment. I Love You Sweetie! :)

0 rama-rama hinggap:

copyright@ctharyani.blogspot.com