Right man, wrong time. Wrong man, right time. Good man, wrong words. Bad man (jerk), right words. New man, same old lies. Old man (ex), new lies.

Tuesday, March 01, 2011

Fikir-fikirkan la Beb!

Assalamualaikum wbt.

Entri pertama bulan tiga nak cakap pasal isu yang tengah hangat sekarang ni. Antara ** dengan kpmb la. Cukup-cukup la tu duk maki hamun, caci maki, kutuk mengutuk sesama sendiri. Tak ada faedahnya. Lagi-lagi kalau orang-orang yang tak berkenaan yang terover, yang cakap lebih sudu dari kuah tu, tak involve secara langsung dan tak tahu apa-apa. Just main cakap je dia ni macam tu la. Dia tu macam ni la. Tak penat ke?? Sudah-sudah la tu. Takkan la sebab satu event macam tu pun nak bergaduh segala macam tu macam nak buat rusuhan kaum pula kan. Malu beb!

Bila benda ni dah jadi sampai macam ni, aku tanya la budak-budak yang merangkap kawan-kawan sekelas aku sendiri yang pergi sana what really happened actually?? Memang aku tak ada kena mengena dalam hal ni. Tapi time before diaorang pergi sana, lecturer yang ajar software testing kelas kitaorang ada suggest suruh aku pergi ** jadi wakil untuk cash flow sebab tak ramai yang join. Terniat kat hati memang nak join. Tapi bila fikir-fikir balik akan jumpa dengan sipolan-sipolan berkenaan kat sana, rasa tawar hati nak pergi dan last-last terus cancel tak nak join.

Daripada cerita kawan-kawan aku yang involve memang nampak ketidakadilan dan proses pengurusan yang tidak cekap. Even ada seorang hamba Allah merangkap student dari sana chat kat FB dengan aku semalam, cakap pengurusan admin kat sana memang "suck!" Tu istilah yang budak sana sendiri yang bagi. Aku just bagitahu apa yang dia cakap, tak ada tokok tambah kat sini ok??

Kalau nak marah cakap pasal isu kutuk-kutuk lecturer dengan student, sepatutnya fikir la dulu sebelum nak menilai. Cuba tanya pada diri sendiri, sepanjang kita duk kat kolej ni, tak pernah ke ada satu perkataan berupa kutukan yang keluar dari mulut kita duk cakap lecturer yang mengajar kita tu macam tu la, macam ni la. Yes, aku mengaku aku sendiri pernah marah-marah kat lecturer aku especially time assignment session la. Tipu la kalau cakap awak, awak dan awak semua tak pernah kutuk lecturer sendiri kan?? Pasal student pula, memang hipokrit kalau cakap tak pernah duk mengata member-member sendiri. Sebaik mana pun orang tu, tak akan terlepas juga dari duk mengata orang lain kan. Jangan sebab orang lain duk mengata, tahu pula nak marah-marah tapi kalau sendiri cakap, tak apa... Kan?? So fikir-fikir kan la.

Maybe sikit sebanyak ada la berpihak kat kawan-kawan aku juga kan. Yang aku tahu tak banyak. Untuk pengetahuan, kpmb memang dah terima kenyataan yang kitaorang tak ada rezeki kat ** kali ni. Nak buat macam mana kalau diaorang lagi hebat kan?? (ayat nak sedapkan diri sendiri). Kita kadang-kadang kalau tengah marah memang tak fikir kata-kata yang keluar dari mulut kita time tu. So aku memang faham la kalau orang tu tak ok then dia marah-marah cakap tu ni means that dia tak bermaksud pun nak cakap macam tu. Maybe kata-kata tu keluar time dia marah je.

Setahu aku la kan, berdosa besar hukumnya kalau mengaibkan orang. Perlu ke nak pergi tunjuk kat semua orang pasal status-status tu?? Tak tahu ke effect FB dlm dunia social networking sekarang ni?? Fikir -fikir la. Tak sangka pula rajin betul orang yang print screen status-status tu lepas tu pergi tag member-member segala then duk kutuk mengutuk sesama sendiri. Tak ada assignment lain ke nak buat?? So childish you know! Malu dengan budak tadika beb! Setahu aku, status tu pun tak ada berbaur kutukan. Kalau setakat perli tu ada la. Bak kata orang siapa yang makan cili dia la yang terasa pedasnya! Kalau tahu tak salah buat apa nak melatah bagai macam tu. Fikir, fikir and fikir la!

At least kpm/km lain yang pernah buat event before ni tak ada pula nak umum pasal istilah KEMENANGAN BERSAMA. Alasan istilah tu wujud sebab nak bagi muka kat tuan rumah. Memang alasan yang tak masuk akal langsung! You should ashamed to yourself before you judge others just like that. Really immature thinking la guys! Ingat la kita tak selalu kat atas beb! Akhir kata, KALAH DENGAN BERMARUAH LEBIH BAIK DARIPADA MENANG DENGAN TIPU HELAH. So moral of the story;

judge yourself first before you judge others!




p/s: tiba-tiba aku teringat kata-kata lecturer dari IM cakap "habis semua nak bolot kat dia!". dan sipolan ni menjawab, lepas ni kalau nak buat event tak payah invite kpm/km lain. baik buat event sendiri, sediakan hadiah sediri and menang sendiri.

:p::e::a::c::e: :n::o: :w::a::r:!! :puteh_16:

Thank you for read, like and comment. I Love You Sweetie! :)

2 rama-rama hinggap:

Diya Nadia said...

dear..abaikan je mereka2 yg begitu...chill ya

Cik Eniey said...

@Diya Nadia
thanx yunk.. dh x ambik port dh. kang makin lyn makin mnjd2 plk kn.. baik wt x tau je. hehehe.. :D

copyright@ctharyani.blogspot.com