Kadangkala, dalam kita mengharungi kehidupan seharian, ada beberapa perkara yang kita tak perasan berlaku di sekeliling kita. Ada waktunya kita cuma perasan apabila ia dah tak ada di depan mata. Sesuatu yang kita tak perasan atau tak terfikir langsung.
1. Sekurang-kurangnya ada lima orang dalam dunia ini menyayangi kita dan sanggup mati kerana kita. Atau menyayangi kita dalam beberapa cara.
2. Sebab utama seseorang membenci kita adalah kerana dia ingin menjadi seperti kita.
3. Senyuman daripada kita boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tak menyukai kita.
4. Setiap malam, ada seseorang mengingati kita sebelum dia tidur.
5. Kita amat bermakna dalam hidup seseorang.
6. Kalau bukan kerana kita, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
7. Kita seorang yang istimewa dan unik pada mata seseorang.
8. Seseorang yang kita tak ketahui menyayangi kita.
9. Apabila kita membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah di sebaliknya.
10. Sekiranya kita merasakan dipinggirkan, fikirlah semula mungkin kita yang meminggirkan mereka.
11. Apabila kita terfikir yang kita tak punyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang kita ingini, mungkin kita tak akan memperolehnya, tetapi sekiranya kita percaya pada diri sendiri lambat laun kita akan berjaya memilikinya.
12. Jangan takut untuk meluahkan perasaan kita sendiri. Kita akan berasa senang bila seseorang mengetahuinya.
13. Sekiranya kita mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya bahawa dia adalah yang terbaik.
So, fikir-fikirkan la. Walaupun sesekali kita hidup berseorangan di dunia ni, ingatlah ada seseorang yang sedang menunggu, sedang memerhati, dan sedang menyayangi kita.
2 rama-rama hinggap:
like :)
@.izzatul.hazwani.
thanx dear.. like it 2! :D
Post a Comment