Right man, wrong time. Wrong man, right time. Good man, wrong words. Bad man (jerk), right words. New man, same old lies. Old man (ex), new lies.

Saturday, February 18, 2012

Mak Angkat dan Ayah Angkat Tak Jadi

بسم الله الرحمن الرحيم

Balik Kajang je ada ada je cerita yang tak pernah henti henti, berulang ulang kali cerita sama, pot pet pot pet keluar dari mulut mak angkat tak jadi aku A.K.A nenek saudara sebelah mak. Aku hanya mampu tadah telinga, dengar and gelak je la. Umpama masuk telinga kanan, then keluar telinga kiri. Orang tua biasa la kan. Dah lali aku dengan semua tu kalau spent time kat Kajang. hehehe~

1st time aku jejakkan kaki ke rumah Che Su dan Ayah Su (nenek dan atuk saudara) dekat Semenyih before dia orang pindah ke Kajang sekarang, terharu bila dengan excited nya dia orang mengalu alukan kedatangan aku ke rumah banglo tu. Time tu tengah study kat KPM. Memang dekat la. Bukan main seronok lagi dia orang. Siap cakap lagi, aku la anak dia orang sejak dari kecil lagi. Anak mereka berdua. Aku hanya mampu senyum je. :)




Teringat kisah silam yang pernah nenek aku sendiri merangkap ibu kepada mak aku cakap, Che Su dulu pernah minta dengan mak dan ayah aku untuk bela dan jaga aku. Means aku jadi anak Che Su dan Ayah Su la. Ibu bapa mana yang nak bagi anak kandung dia sendiri kat orang lain even saudara sendiri pun kan? Ayah aku berkeras tak nak bagi. Mak aku lagi la tak sanggup.

Che Su mula mula kecil hati. Tapi lama lama dapat terima keputusan mak ayah aku. Bila aku dah besar ni, ada juga aku terfikir apa istimewanya aku, bukan main lagi dia orang sayang aku sampai nak di jadikan sebagai anak sendiri walhal dia orang dah ada anak sendiri 4 orang (2 anak kandung, 2 anak angkat; anak cina)

Patut la tiap kali balik kampung je, aku la cucu 1st yang Che Su dan Ayah Su cari. Lepas tu kiss pipi. Bukan main lagi nak riba aku. Tak pun suruh aku duduk sebelah dia sambil tangan peluk aku. Manja betul. Aku pun ikut je la dah time tu kecil lagi tahu apa kan. Ish tak faham aku. hahaha~

Pernah juga terfikir what if they really take me from my parents? I think, aku akan lebih sayang dia orang lebih dari parents sendiri la kot. Mungkin lebih rapat dengan dia orang compare to my parents. Ye la dah dia orang bela aku dari kecil lagi kan. Waaaa... Tak mahu ! Tak mahu ! Nasib baik mak ayah tak bagi aku kat dia orang. ^^,

p/s : setiap yang berlaku tu ada hikmahnya? :)

Thank you for read, like and comment. I Love You Sweetie! :)

0 rama-rama hinggap:

copyright@ctharyani.blogspot.com