Right man, wrong time. Wrong man, right time. Good man, wrong words. Bad man (jerk), right words. New man, same old lies. Old man (ex), new lies.

Sunday, August 14, 2011

Terlalu Yakin

Assalamualaikum wbt.

" ...Mungkin kadang-kadang kita tak sedar yang kita sayang sangat-sangat kat orang tu. Sampai kita lupa dia bukan milik kita. Dia milik Allah hati yang sekeping itu. Kalau dengan izin Allah, akan berubah dalam sesaat... "


Kadang-kadang bila kita dah memiliki sebuah cinta, kita terlupa yang cinta tu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita TERLALU YAKIN yang kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Bila segalanya berakhir, barulah kita sedar akan kesilapan yang dah kita lakukan. Tapi sayangnya kesedaran tu dah terlambat.

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia kehilangan kekasih hati, makna cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti UBAT KHAYAL yang bertindak sementara je dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda, malah berganda-ganda lagi selepas itu. Kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

Saat bercinta memang semuanya indah. Tapi bila cinta kecundang di tengah jalan, ingat la jangan terlalu bermuram durja. Jangan sakiti hati sendiri. Bangkit dan mulakan cinta yang baru. Yang patah pastikan tumbuh dan yang hilang pastikan berganti. Usah di harap pada yang tak pasti. Usah merayu pada yang tak sudi dan jangan terikat pada cinta yang sudah pergi. Yakin la dengan hukum KARMA Allah.

p/s : so moral of the story, jangan terlalu yakin dan bangga dengan cinta yang ada... :)

Thank you for read, like and comment. I Love You Sweetie! :)

0 rama-rama hinggap:

copyright@ctharyani.blogspot.com