Right man, wrong time. Wrong man, right time. Good man, wrong words. Bad man (jerk), right words. New man, same old lies. Old man (ex), new lies.

Sunday, April 17, 2011

Mahu Private Blog Boleh Tak??

Assalamualaikum wbt.

Boleh tak kalau nak private blog? Any opinion guys? Sekarang ni kan rasa macam fed up dah nak update blog. Rasa fed up tu pula sampai membawa kepada kemalasan yang menebal untuk update blog. Dan rasa kemalasan yang tinggi tu mendorong diri untuk private blog and if tak pun nak deactivate je terus blog ni. Tak ada blog pun tak apa kot. Hmmm... Tak apa ke??

But to be honest la kan, kalau tak ada blog memang rasa macam hidup akan jadi kosong, macam ada yang tak kena je lepas ni kan? Nak buat sesi luahan kat mana kalau tak ada blog kan?? Tapi tu la tengah fikir nak buat apa sekarang ni. Aku fed up dengan sesetengah orang yang suka ambil tahu pasal hidup aku, pasal personal life aku, duduk jaga tepi kain aku, jaja cerita pasal life aku and so on la. Aku tak kisah orang tahu pasal kisah-kisah hidup aku, tapi benci dengan manusia yang nak ambil tahu pasal hidup aku then duduk mengutuk pasal life aku belakang-belakang.

Tak tahu la nak cakap macam mana lagi dengan orang-orang yang sedemikian tu. Dah tak ada kerja sangat la gamaknya kot! Tak tahu la apa yang kau, kau, dan kau dengkikan sangat dengan aku ni. Nak kata aku kacau life korang, aku rasa setakat ni tak ada la pula. Nak kata aku kacau pakwe korang, lagi la haram! Aku buat baik, senyap, diamkan je apa yang kau, kau dan kau duk cakap pasal aku, doesn't mean that kau, kau dan kau boleh pijak kepala aku. Sabar aku pun ada batasnya wei...

Kalau tak puas hati cakap dengan aku terus. Ni tak duduk mengutuk belakang-belakang aku la, kadang-kadang duduk perli-perli aku dalam FB la. Memang betul-betul sengal la manusia macam ni. Betul-betul buat aku famous wei! Ye la tak pasal-pasal member-member yang tak berkenaan tumpang 2 kaki nak tahu cerita pasal aku kan. Aku rasa macam aku ni dah jadi hot celebrities la pula. hahaha~~

Sekarang ni, aku nak update apa-apa pun kat blog ni kena fikir banyak kali, takut silap cakap kan ada yang duduk jaja cerita-cerita terbaru aku ni. Lagi la hot kan. Silap cakap kan ada yang kata aku tu la, ni la, buka pekung dada sendiri la and so on la. Macam la aku tak tahu ada silent reader, stalker kat blog aku ni. Ingat aku tak boleh tahu ke siapa manusia-manusia berkenaan? Bukan nak berbangga, tapi aku dalam bidang IT so memang tahu sikit-sikit macam mana nak tahu dan detect siapa yang view blog aku ni hari-hari.

Aku fed up macam ni tahu tak?! Rasa macam dah tak ada kebebasan nak berblogging kat blog sendiri padahal blog ni hak milik aku.



p/s : sangat-sangat sedih dengan manusia-manusia berkenaan. terima kasih banyak-banyak!

Thank you for read, like and comment. I Love You Sweetie! :)

0 rama-rama hinggap:

copyright@ctharyani.blogspot.com