Right man, wrong time. Wrong man, right time. Good man, wrong words. Bad man (jerk), right words. New man, same old lies. Old man (ex), new lies.

Saturday, March 05, 2011

Kenapa Menangis??

Assalamualaikum wbt.

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur? Ketika kita menangis? Dan ketika kita membayangkan? Ini kerana hal yang terindah di dunia TIDAK TERLIHAT

Hati kita ALLAH yang punya. Apa yang kita rasa, DIA yang berikan. Sama ada gembira, cinta, sedih dan sebagainya... Rasa nak menangis pun DIA yang punya. Semua tu, fitrah kejadian manusia. Kita hanya ada satu pilihan je iaitu, berusaha dengan istiqamah. Apa-apa yang berlaku dalam hidup kita, awal-awal lagi DIA dah plan untuk kita dan DIA nak tengok macam mana kita menghadapinya.

Pernah ada yang bertanya, mengapa kita menangis? Kerana Nabi Muhammad SAW menggalakkan kita agar menangis. Menangislah kerana Allah, sebab menangis kerana Allah adalah perbuatan mulia. Bahkan Allah akan memberikan dua hal bagi orang yang menangis kerana Allah.

Pertama, mendapatkan cinta Allah. Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Tidak ada sesuatu yang lebih dicintai Allah kerana takut kepada Allah selain dua titisan dan dua bekas. Yakni titisan air mata takut kepada Allah dan titisan darah yang mengalir di jalan Allah. Ada dua bekas yakni bekas dari jihad di jalan Allah dan menunaikan salah satu yang Allah tetapkan."
(HR. Tirmidzi).

Kedua, tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka. Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka, yakni mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang terjaga kerana waspada di jalan Allah".
(HR. Tirmidzi).

Lumrah kehidupan manusia, menangis dan ketawa. Semua tu menjadikan kita menghargai erti sebuah kehidupan. Tapi yang pastinya, tangisanlah mendewasakan kita. Dari setitis air matalah kita semakin matang, semakin berilmu. Kita usahalah selagi terdaya dan kekalkan apa yang diusahakan. Mungkin DIA nak judge kita untuk menilai ikhlas yang kita sendiri tak perasan ada ke tak ikhlas tu kat hati kita. Air matalah yang mengajar kita agar tabah dan berusaha dalam menjalani hari-hari yang mendatang.



p/s: Aku mudah menangis. Menangis kerana di aniaya orang, menangis mengenangkan kebodohan diri, menangis sebab di sakiti, menangis mengenangkan kenangan semalam, menangis kerana diperlakukan sebegini, menangis mengenangkan parut berbekas dalam hati yang tak mungkin akan pernah hilang dan paling kuat menangis ketika berserah diri kepadaNYA. Menangis bukan bererti aku seorang yang lemah. Menangis memberikan aku kekuatan untuk terus bertahan.

Thank you for read, like and comment. I Love You Sweetie! :)

4 rama-rama hinggap:

elfa said...

huhu...sy pon asyik berdukacita je...sedey memanjang...

nice artikel u got there, br r hati ni tenang sket...
:D

~::KUYA HARIS::~ said...

sy folow kamu ;)

shereena said...

hidup penuh ujian..

btw,hav a nice day^^

Cik Eniey said...

@elfa
sy pn sedih, sedih gak.. tp nk wt cm ne kn. bnda dh x blh nk ubh n x blh d undur blk. so terima la dgn hati yg redha. kdg2 klu terlampau sedih 2, mengaji Al-Quran la ubatnye.. jgn sedih2 ye yunk.. :)

@~::KUYA HARIS::~
thanx 4 being my follower dear! :D

@shereena
hidup kte mmg x lps dr ujian. ujian 2 la mnjadi kte lbh kuat n tabah. tp sesekali, tangisan 2 perlu utk lepaskn apa yg terpendam kt ati.. ;)

copyright@ctharyani.blogspot.com