Right man, wrong time. Wrong man, right time. Good man, wrong words. Bad man (jerk), right words. New man, same old lies. Old man (ex), new lies.

Saturday, March 26, 2011

Assignment di Kolej Tuanku Jaafar

Assalamualaikum wbt.

Kenal tak Kolej Tuanku Jaafar?? Mesti ada yang kenal and mesti ada yang tak kenal kan. Siapa-siapa yang tak kenal boleh tengok SINI. Semalam aku dengan budak-budak group berlima pergi ke Kolej Tuanku Jaafar. Sekarang ni dah tak main dah tempat yang biasa-biasa kalau nak buat apa-apa sistem. Dah nak akhir-akhir semester ni lagi la advance assignment tu. Sampai ke Kolej Tuanku Jaafar aku kena pergi tau. (ambil kau!)


KTJ ni lebih kurang 15 minit la dari kolej aku.


Kalau bukan sebab assignment Networking, tak ada maknanya aku boleh masuk KTJ tu. Al-maklum la, private school kot! International student pun ada. Pendek kata, student yang elite-elite yang mak bapak diaorang berjawatan besar-besar dan yang berkemampunan je boleh masuk situ tau. Plus kalau anak diaorang dapat result bombastik time UPSR. Bukan senang nak masuk KTJ tau. Security pun boleh tahan beb!


ni time kat library. rajin betul diaorang ni tau. habis je waktu belajar pukul 5 petang, rata-rata menghabiskan masa sambung study kat sini la. tak penat ke diaorang ni dari pagi sampai malam study?? patut la genius-genius diaorang ni.


ni tempat kitaorang menjalankan tugasan yang diberikan.




ni server room. besar kot! tapi ni antara half bilik tu la. mana boleh tunjuk semua kan. hahaha~~ canggih wei.. mahu dalam beratus ribu untuk set up semua tu. kalau la KPM pun macam ni juga kan. budak network tau la apa ke jadahnya picture ni kan.


ni En. Adha. dia memang baik giler tau! dia bawa kitaorang jalan-jalan untuk tengok macam mana networking KTJ tu.


Cakap pasal assignment, task kali ni kena design network kat KTJ tu. Networking KTJ dah la memang sedia canggih manggih. Dah la tempat besar. Kalah KPM aku ni. Lepas tu dapat pula assignment nak kena enhance networking kt KTJ yang giler canggih tu lagi la penat nak fikir. Hadoiii... Apa mau taruk dalam task tu... Nasib badan la dapat tempat macam KTJ tu.



agak besar la KTJ ni. bangunan pun lawa beb! kat belakang tu antara bangunan KTJ.


p/s : nanti kalau aku ada anak la esok-esok, nak hantar diaorang kat private school juga la. berbaloi-baloi. hohoho~~

Thank you for read, like and comment. I Love You Sweetie! :)

2 rama-rama hinggap:

Anonymous said...

Good Luck untuk assignment tu ye

Cik Eniey said...

@Emy Omar
thanx so much.. ;))

copyright@ctharyani.blogspot.com