Sekian lama tak update blog so kat sini Cik Eniey nak berceritera something kat u all pasal apa yang Cik Eniey tahu. Kalau ada masa, sila la take time untuk baca buat beberapa minit je. Tak lama pun. Lagipun ni sekadar perkongsian bersama. hehehe~~
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri bila dah baligh. Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
Beratkan??
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjwb ke atas ibunya. Dan sekiranya dia tak menjalankan tanggungjawabnya, maka berdosa baginya terutama anak lelaki yang tua. Manakala perempuan tak, perempuan hanya perlu taat kat suaminya.
Isteri yang berbuat baik, dijanjikan ganjaran pahala padanya. Kalau isteri buat benda tak baik, contohnya tak menutup aurat dengan sempurna, dosanya di tanggung oleh suami.
Beratkan??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tak. Tapi isteri boleh bantu untuk meringankan beban suami. HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.
Banyak lagi tanggungjawab lelaki, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI. Suami kena tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya, dosa-dosa yang perlu ditanggung seperti gunung dan semut. Sebab tu mengikut kajian, nyawa orang perempuan lebih panjang dari lelaki. Lelaki mati cepat sebab dah tak larat nak tanggung dosa yang berat. (ok sila abaikan fakta ini sebab ini sekadar pendapat sendiri). hehehe~~
Wanita.. Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.- Kena minta izin dari suaminya bila nak keluar dari rumah.
- Saksinya kurang berbanding laki.
- Kena menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
- Wajib taat kat suami tapi suami tak perlu taat kat isteri. Just suami la kena consider.
- Talak terletak di tangan suami.
- Wanita kurang beribadah sebab masalah haid dan nifas yang tak ada kat laki.
PERNAHKAH KITA TENGOK SEBALIKNYA??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.
Dah pasti permata tak akan dibiarkan bersepah-sepah kan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kat suami tapi lelaki wajib taat kat ibunya tiga kali lebih utama daripada bapanya. Bukan ke ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima harta pusaka kurang daripada lelaki. Tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tak perlu diserahkan kat suaminya. Manakala lelaki kena menggunakan harta pusaka tu untuk menyara anak-anak dan isteri.
Wanita perlu bersusah-payah untuk mengandung dan melahirkan anak, tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan, malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika sebab melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya di ampunkan oleh ALLAH SWT..
Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang di sukainya cukup dengan empat syarat saja :
-Sembahyang lima waktu.
-Puasa di bulan Ramadhan.
-Mentaati suami.
-Menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki kena pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kat suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kat ALLAH SWT akan turut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH kat wanita.. Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang laki. Tanpa wanita, lelaki tak akan wujud di muka bumi ni.. Tanpa wanita kuat, tak wujud pemimpin yang berwibawa. Tanpa wanita, tak wujud lelaki yang beriman.. Tapi, ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia.. (^_^)
2 rama-rama hinggap:
syukurlah kita dlhirkn sbgai sorg wnta.. :)))
@balkieys
a'aa.. bersyukur sgt2.. ;))
@antzgirl
;;)
Post a Comment